Thursday, December 29, 2011

BODATA PENULIS


NUNHATI BIN MALIZAMAN dilahirkan di Kampung    Lihak-Lihak, Semporna pada subuh hari Isnin 06hb. Jun 1970. Mendapat     pendidikan   awal di Sekolah Kebangsaan       Lihak-  Lihak , Semporna     pada  tahun 1982-1986.         Pada tahun 1987-1989 beliau    melanjutkan       pelajaran    ke  SMK      Agama      Tun        Sakaran      ( dahulunya  dikenali  SMK Agama     Tawau,       dan       bangunannya  menumpang   di   SMK. Bugaya,   Semporna )   sehingga tamat  Tingkatan 3. Tahun 1989-1991,       melanjutkan pelajaran       ke  Sekolah  Berasrama       Penuh SMK.   Agama   Ranau,     Sabah ( SEMEKAR ). Di SMK. Agama Ranau, beliau dilantik sebagai Ketua Pelajar, Ketua Umum Asrama dan Pengerusi Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Daerah Ranau 1990 – 1991.

Mula berkecimpung dalam bidang Pendidikan seawal tahun 1992 dan berkhidmat di SK. Bintang Mas, Beluran, Sabah sebagai Guru Pendidikan Islam  Tidak Terlatih. September 1992 bertugas di  SK. Sisipan, Semporna.  Pada tahun 1996 beliau mendapat tawaran mengikuti  latihan di Maktab    Perguruan Sandakan ( MPSS ), Sabah sehingga akhir tahun 1998.  November 2000, bertugas di SK. Bugaya setelah berkhidmat selama  9  tahun di SK. Sisipan. Januari  2007 beliau bertugas di SK. Lihak-Lihak yang merupakan kampung kelahiran dan bermulanya proses menimba ilmu secara formal. Kini beliau sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Pedalaman menerusi  Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pengajian Islam di Institut Perguruan Malaysia Kampus Keningau Sabah (IPGMKKS ).

Di Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Semporna, beliau juga bertugas sebagai  Jurulatih Dakwah dan Kepimpinan Islam Daerah, Kakitangan Sumber Program NILAM/SEMAI, Jurulatih Pusat  Sumber Daerah. Beliau juga aktif membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Cawangan Semporna   dalam   usaha  menyebarkan  Dakwah Islamiyah. Selain menjadi guru, beliau juga bertugas   sebagai    Penolong     Pendaftar     Pernikahan , Cerai   dan     Rujuk (Jurunikah di Zon Lihak-Lihak sejak 2000-kini )

Dalam dunia Penulisan kreatif, beliau seorang aktif sejak di bangku sekolah dan pernah menerima Anugerah Pencipta dan Pendeklimasi  Sajak  Terbaik 1991 sempena Minggu BAHASA & SASTERA  SMKA. Ranau. Sajak pertamanya yang terpilih ialah “ Bersama  Perjuangan Rasulullah SAW ”. Selain daripada nama sebenar, beliau  seringkali menggunakan Haznun-Asmin dan Al-Ikhwan Amini Az-Zamani sebagai nama  pena dalam menghasilkan karya..

Tahun 1999 beliau diterima bekerja secara sambilan di  Radio Malaysia Sabah dalam Ruangan Satria Di Sana Sini, Unit Pasukan Keselamatan  sebagai  penulis sajak dan dihantar ke ruangan tersebut untuk disiarkan. Antara karya beliau yang tersiar ialah seperti :-

Tahun 1999- Teratak  Tua (Akhbar Berita  Sabah), Karya disiarkan menerusi RTM Sabah  seperti  Doa Buat Satriaku, Wira Tanah Air, Cahaya Kemerdekaan, Di Bawah Lambaian Nusa, Dunia Satria, Suratan Takdir, Panggilan Pertiwi.
 Tahun 2000-  Karya disiarkan menerusi RTM Sabah  seperti  Bahtera Perjuangan, Perjuangan Belum Selesai, Generasi Perwiraku, Tanah Tumpah Darahku, Putera-putera Merdeka, Sumpah Anak Bangsa.
 Tahun 2001- Karya disiarkan menerusi RTM Sabah  seperti  Perjuangan Sebelum Merdeka, Gema Semboyan, Jejak Perwira, Menggapai Keamanan Semalam.
 Tahun 2002- Karya disiarkan menerusi RTM Sabah  seperti  Nafas Pahlawan, Warganya Merdeka, Senja Yang Dinanti, Pesan Untuk Padukaku, Duka Terlerai.
 Tahun 2003- Karya disiarkan menerusi RTM Sabah  seperti  Pesan Buat Wargaku, Cerita Sebuah Kota, Kota Warisan, Pusaka Bangsaku.
Karya Antologi kelolaan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah;
Tahun 2002 – Buku Sapaan Bonda ; Kelahiran
Tahun 2003 –  Buku Kota Kita Wajah Kita  ;  Kota Warisan ,  Pesan  Buat  Warga  Kota , Di Hujung Kota , Bandaraya Kota Kinabalu, Cerita Sebuah Kota.
Tahun  2005 – Buku Kota Budaya  Citra  Sejagat ; Kota Amanah, Mentafsir Kota Merdeka , Nyanyian Kota.
Tahun 2006 – Buku RESAM ;  Arca Warga Berdaulat , Antara Wang dan Budi Bahasa , Hayat  Bahasa , Pencetus  Fikrah  Berdaulat , Bicara  Buat  Penyair
 Karya tersiar menerusi Akhbar – ( Puisi )    Teratak Tua ( Berita Sabah ) , Senja Yang Dinanti, Cerita     Sebuah     Kota  &  Rencana   Berunsurkan   Islam “ Akibat Dosa Manusia  ( Akhbar Mingguan Waktu  )    ,   ( Cerpen ) Kecamuk, Konflik, Titayan Kehidupan, Syukur ( DBP-Borneo Post ), SMK. Agama Ranau , Seindah SEMEKAR - Majalah Sekolah SMK. Agama  Ranau- Tahun 1991, Taswir –DBP,  Jendela Sabah - 2007

Di smping menulis sajak dan cerpen, beliau juga banyak menghasilkan lirik kumpulan nasyid semasa bertugas di SK. Bugaya. Kumpulan nasyid Ar-Raudah dari SK. Bugaya  Johan  empat tahun berturut peringkat Daerah ( 2002-2005, dua tahun ( 2003-2004 ) peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan Tawau dan pernah meraih tempat ke 3 di peringkat negeri yang diadakan di Daerah Sipitang, Sabah.

Di SK. Lihak-Lihak ( sekolah di Pedalaman ) , di bawah pimpinan beliau dan kerjasama dari semua Guru  terutamanya Cikgu Nohd. Sari Alam Bin Hj. Hasim ( Jurulatih ), Ustazah ' Aliaa Bt. Abdullah, Ustazah Rodziah, Ustazah Sitti Asiah Bt. Hussin, Ustazah Saridah Bt. Alam dan Ustaz Nor Ahmad Subhan Bin Nordin , Kumpulan Nasyid Suara Anak-Anak Pulau :-
   1. Johan Nasyid Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Semporna Tahun 2007
                                                                                           (wakil ke peringkat Gabungan Tawau )
   2. Tempat ke 3 Nasyid Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Semporna Tahun 2009
    3. Johan Kompang & Selawat Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Semporna Tahun 2009
                                                                                           (wakil ke peringkat Gabungan Tawau )
   4. Naib Johan Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Daerah 
       Semporna Tahun 2007, 2008 dan 2009
   5. Johan Keseluruhan MTQ Peringkat Zon Sekolah Pedalaman dan wakil ke Peringkat MTQ Daerah
        2011  seterusnya Kumpulan Nasyid mendapat Naib Johan.

Beliau juga pernah menyertai beberapa akativiti anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah seperti  Perhimpunan Penulis Pantai Timur Sabah , di Daerah  Semporna 2002, Perkampungan Sasterawan Peringkat Negeri Sabah di Daerah Papar ,  Bengkel Pemerolehan Manuskrip di Kota Kinabalu Sabah 2004 dan Membaca Puisi 50 jam tanpa henti sempena Jubli Emas DBP Sabah 2006, Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2008 di Kota Kinabalu, Sabah, Menyertai Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan , anjuran BADAN Bahasa dan Sastera Sabah bertempat Kota Kinabalu.  Beliau juga berjaya        menubuhkan      Galeri    Penulis-Penulis   Sabah di  ruangan    Pusat Sumber SK. Bugaya  yang dilancarkan oleh En. Abd. Manang Hj. Osman, Pegawai Pelajaran Daerah Semporna tahun 2004.



Anugerah dan Penghargaan yang pernah diterima:-

  1. Anugerah Khas Pengetua “Tokoh Pelajar Mithali”  Peringkat Sekolah Menengah Berasrama Penuh   Agama Ranau, Sabah – Tahun 1990
  1. Anugerah Khas Pengetua “Tokoh Pelajar Mithali”  Peringkat Sekolah Menengah Berasrama Penuh   Agama Ranau, Sabah – Tahun 1991
  1. Anugerah Penulis dan Pendeklimasi  Sajak Terbaik  sempena Minggu BAHASA & SASTERA  SMK  Agama  Ranau “ Bersama  Perjuangan Rasulullah S.A.W.-Tahun 1991
  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  Peringkat Pejabat Pelajaran Negeri Sabah di Hotel Sea Fest, Semporna.- Tahun 2002
  1. Warkah Penghargaan Oleh Kerajaan Negeri Sabah  Atas Sumbangan Dalam Bidang Bahasa,Sastera dan Budaya sempena Malam Tinta Emas di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah – Tahun  2003
  1. Anugerah Khas Guru Besar “Guru Inovatif” Peringkat SK. Bugaya,Semporna-Tahun 2004
  1. Anugerah Khas Guru Besar“Guru Inovatif” Peringkat SK.Bugaya,Semporna-Tahun 2005
  1. Anugerah Khas Guru Besar“Guru Inovatif”Peringkat SK.Bugaya,Semporna-Tahun  2006
  1. The Malaysia Book Of Record - Membaca Puisi 50  jam tanpa henti sempena Sambutan Jubli Emas DBP Cawangan Sabah – Tahun 2006
  1. Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Ketegori ‘KHALID AL-WALID’Peringkat Daerah Semporna – Tahun 2007
  1. Anugerah Penulis Lirik Terbaik Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Semporna Tahun 2007.
  1. Anugerah Penulis Lirik Terbaik Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Semporna Tahun  2008.
  2. Johan Sayembara Puisi Ketegori Syair Peringkat Zon Tawau 2009
(wakil ke Peringkat Negeri Sabah)

1         14. Anugerah Guru Bakti Pedalaman Peringkat Daerah Semporna 2010 (Sempena Hari Guru )
               wakil ke Peringkat Negeri
1         15. Anugerah Guru Inivatif Peringkat SK. Lihak-Lihak 2010 ( Sempena Hari Guru )
1                  16. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat PPD Semporna 2010
1         17. Anugerah Dekan Semester 2009 OUM IPGM. Kampus Keningau
1                  18. Saguhati Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Negeri ( Tempat Ke 3 kategori SK ) 
                 Peringkat Daerah 2010
1         19. Anugerah Pelancaran Buku Persendirian ( Kumpulan Puisi “ TASWIR” Peringkat Kebangsaan di 
                 Kuching Sarawak sempena Sambutan Hari Guru -2011
2         20 Anugerah Guru Inovatif Peringkat Daerah Sempena Sambutan Hari Guru-2011


 PENGHASILAN PENULISAN KREATIF ( SAJAK / SYAIR DAN CERPEN )

1.       Antologi Puisi ( Tajuk Buku :  Sapaan Bonda ) terbitan DBP Cawangan Sabah
2.       Antologi Puisi ( tajuk Buku : Kota Kita Wajah Kita ) terbitan DBP Cawangan Sabah
3.       Antologi Puisi ( tajuk Buku : Kota Budaya  Citra  Sejagat ) terbitan DBP Cawangan Sabah
4.       Antologi Puisi ( tajuk Buku : RESAM ) terbitan DBP Cawangan Sabah
5.       Cerpen ( Tajuk : Kecamuk, Konflik, Syukur, Titayan Kehidupan )



KEGIATAN DAN SUMBANGAN ( AKTIVITI LUAR )

01.     Jurulatih Dakwah Daerah
02.     Jurulatih Program NILAM
03.     Jurunikah Zon Lihak-Lihak
04.     Jurulatih Pusat Sumber Daerah    
05.     Jawatankuasa Latihan PKG Daerah
06.     Jawatankuasa 15 PEMADAM Daerah
07.     Timbalan Pengerusi BADAN BAHASA SABAH ( Sumbangan Kreatif )


6

No comments:

Post a Comment